5.1 Komponen Sfera Bumi
Bumi terdiri daripada empat komponen utama yang saling berinteraksi, iaitu Litosfera, Hidrosfera, Atmosefera, dan Biosfera.
4 Komponen Utama Bumi:
- Litosfera: Lapisan luar bumi yang keras dan padal, merangkumi kerak bumi dan bahagian atas mantel. Mengandungi pelbagai jenis batuan dan tanih.
- Hidrosfera: Meliputi semua bahagian air di bumi seperti laut, lautan, sungai, tasik, air tanah, dan litupan ais. Air meliputi kira-kira 71% daripada permukaan bumi.
- Atmosfera: Lapisan udara yang menyelubungi bumi. Mengandungi pelbagai jenis gas, wap air, dan debu.
- Biosfera: Kawasan yang dihuni oleh semua hidupan (manusia, haiwan, dan tumbuh-tumbuhan). Melibatkan bahagian bawah atmosfera, permukaan litosfera, dan hidrosfera.
5.2 Struktur Bumi
Bumi mempunyai tiga lapisan utama, iaitu Kerak Bumi, Mantel, dan Teras Bumi.
- Kerak Bumi: Lapisan yang paling luar dan paling nipis. Terdiri daripada dua bahagian:
- Sial (Silikon & Aluminium): Kerak benua (lebih tebal dan kurang mampat).
- Sima (Silikon & Magnesuim): Kerak lautan (lebih nipis dan lebih mampat).
- Mantel: Lapisan di bawah kerak bumi yang merangkumi kira-kira 82% daripada isi padu bumi. Mempunyai suhu yang sangat tinggi dan sebahagiannya terdiri daripada batuan separa cair (astenosfera).
- Teras Bumi: Lapisan paling dalam dan paling panas. Terbahagi kepada dua:
- Teras Luar: Berbentuk cecair (mengandungi besi dan nikel cair).
- Teras Dalam: Berbentuk pepejal akibat tekanan yang sangat tinggi.
5.3 Benua, Lautan, Laut Utama, dan Selat
Permukaan bumi terdiri daripada kawasan daratan (benua) dan kawasan perairan (lautan, laut, dan selat).
1. 7 Benua di Dunia:
- Benua Asia: Benua terbesar di dunia.
- Benua Afrika: Benua kedua terbesar di dunia.
- Benua Amerika Utara: Benua ketiga terbesar di dunia.
- Benua Amerika Selatan: Terletak di Hemisfera Barat.
- Benua Antarktika: Benua di kutub selatan yang diliputi ais tebal.
- Benua Eropah: Terletak di utara Benua Afrika.
- Benua Australia: Benua terkecil di dunia.
2. Lautan dan Perairan Utama:
- Lautan Pasifik: Lautan terbesar dan terdalam di dunia.
- Lautan Atlantik: Lautan kedua terbesar di dunia.
- Lautan Hindi: Lautan ketiga terbesar.
- Lautan Selatan: Lautan yang mengelilingi Benua Antarktika.
- Lautan Artik: Lautan terkecil dan terdingin di kutub utara.
- Laut China Selatan & Laut Sulu: Laut utama berdekatan Malaysia.
- Selat Melaka: Selat terpanjang di dunia yang memisahkan Semenanjung Malaysia dengan Pulau Sumatera.
- Selat Tebrau: Memisahkan Johor dengan Singapura.
5.4 Kesan Pergerakan Kerak Bumi
Kerak bumi sentiasa bergerak disebabkan oleh plat-plat tektonik dan arus perolakan di lapisan mantel.
Dua Bentuk Pergerakan Utama:
- Hanyutan Benua (Pencapahan/Pemuatan Plat):
- Pemisahan atau pertembungan plat tektonik yang membentuk gunung lipat, jurang lautan, dan pembentukan benua baharu.
- Pangaea: Daratan tunggal raksasa berjuta-juta tahun dahulu sebelum terpisah menjadi benua-benua hari ini.
- Kesan Pembentukan Bentuk Muka Bumi:
- Gempa Bumi: Gegaran kuat akibat pelepasan tenaga secara tiba-tiba dari plat tektonik.
- Tsunami: Ombak gergasi hasil daripada gempa bumi di dasar laut.
- Gunung Berapi: Letusan magma dari lapisan mantel ke permukaan bumi.